Pengenalan
Frozen shoulder atau “Adhesive Capsulitis” adalah masalah yang diawalnya pesakit akan merasa sakit di bahagian bahu dan akan menyebabkan pergerakan sendi bahu terbatas. Sendi bahu yang mengeras disebabkan oleh pembengkakkan dalam sendi dan seterusnya akan menjadi fibrosis yang menyebabkan pelincir di dalam bahu untuk menebal.
Simptom dan punca
Frozen shoulder akan mempunyai simptom yang boleh dilihat di dalam beberapa fasa:
– Sakit di bahagian bahu yang kerap
– Pergerakan bahu terbatas secara perlahan Mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat masalah frozen shoulder ialah:-
– Seseorang yang terpaksa mengurangkan pergerakan bahu akibat kecederaan, penyakit atau pembedahan
– Seseorang yang mempunyai masalah dalam (sistemik) seperti kencing manis, thyroid berlebihan, thyroid terlalu rendah, masalah jantung dan penyakit Parkinson.
Cara pencegahan
– Sentiasa melakukan pergerakan di bahagian bahu
– Mendapatkan rawatan daripada pakar kesihatan (doktor bertauliah atau fisioterapi)
– Mendapatkan nasihat dariada fisioterapi untuk melakukan senaman khas bagi masalah tersebut
kami boleh membantu anda dengan terapi dan fisioterapy untuk mencegah masalah yang anda hadapi. Hubungi kami sekarang.