} }

Rawatan Sakit Lutut

Rawatan Sakit lutut

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Pengenalan 

Sakit lutut merupakan masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat. Kebiasaannya terjadi kepada golongan orang muda yang aktif dan juga golongan orang yang berumur. Bagi golongan muda, sakit lutut terjadi adalah disebabkan oleh banyak terlibat dalam aktiviti ‘contact sport’ dan juga penggunaan berlebihan. Perkara ini akan mengakibatkan mereka mengalami masalah dari segi ligament, tendon dan meniskus di bahagian lutut. 

Bagi golongan orang berumur, mereka mengalami masalah lutut adalah disebabkan oleh faktor usia dan penggunaan berlebihan yang mengakibatkan meniskus/sendi rawan dipermukaan lutut menjadi haus/berkurang. 

Individu yang mengalami masalah sakit lutut akan menghadapi kesukaran dengan pergerakan setiap hari seperti berjalan, berdiri lama, menaiki tanggas dan juga tidak dapat mencangkung. 

Sakit lutut

Simptom dihadapi 

• Lutut bengkak 

• Lutut rasa lemah dan tidak seimbang 

• Bunyi ‘pop’ atau geseran yang menyakitkan 

• Tidak dapat menegakkan kaki sepenuhnya 

• Tidak boleh membengkokkan lutut sepenuhnya 

 

Punca 

• Faktor umur 

• Otot kaki yang tegang 

• Sukan yang lasak 

• Otot kaki lemah 

• Pergerakan berlebihan 

• Berat badan yang berlebihan 

Diagnosis 

• X-ray 

• MRI 

• CT scan 

 

Kecederaan yang biasa dialami 

•Ligamen koyak/putus

•ACL (Anterior Cruciate Ligament)

•PCL (Posterior Cruciate Ligament)

•LCL (Lateral Collateral Ligament)

•MCL (Medial Collateral Ligament)

•Meniskus koyak, radang, menipis

•Osteoarthritis

•Tendon

 

Tindakan awal semasa kecederaan 

Rawatan Fisioterapi dan Teknik ‘RICE’

•Rest (Rehat)

•Ice (Tuam air sejuk/air batu)

•Compression (Beri tekanan)

•Elevation (Tinggikan kaki yang sakit)

 

Tindakan awal untuk mengelakkan kecederaan berlaku 

•Kekalkan berat badan yang ideal

•Melakukan regangan

•Kuatkan otot

•Menggunakan kasut atau selipar yang sesuai

•Memakai alat sokongan lutut

💬 Need help?