Sakit Belakang / Sakit Pinggang
Pengenalan
• Sakit belakang merupakan salah satu masalah yang sering mengganggu kehidupan seharian. Sakit belakang boleh berpunca akibat posisi badan yang salah, mengangkat barangan berat ataupun hentakan.
Simtom
• Sakit belakang mempunyai beberapa simtom seperti rasa tegang otot mahupun rasa pedih, mencucuk dan ngilu dibahagian pinggang. Simtom ini juga dapat dirasai sehingga kebahagian kaki dan boleh menyebabkan kebas. Pergerakan seperti membongkok ataupun memusingkan badan akan memburukkan lagi rasa sakit.
Punca
• Sakit belakang selalunya boleh juga terjadi tanpa sebab yang dapat dikenalpasti melainkan setelah membuat imbasan x-ray atau MRI.
• Ligamen atau otot terkoyak. Cara pergerakan yang salah ataupun pergerakan mengangkat barangan berat yang berulang boleh menyebabkan otot atau ligamen terkoyak. Untuk mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat, masalah ini boleh mengakibatkan kepulan otot (muscle spasm).
• Disc terbonjol atau terkoyak. Disc yang bertindak sebagai penyerap hentakan di antara tulang belakang mempunyai sifat yang lembut. Ia boleh terbonjol ataupun terkoyak dan boleh menghimpit saraf di tulang belakang. Masalah ini hanya dapat dikenalpasti melalui imbasan “Xray, MRI atau CT Scan”.
Pencegahan
• Sakit belakang boleh juga dielakkan sekiranya seseorang itu mempelajari dan mempraktikkan gaya hidup yang sihat.
• Melakukan senaman yang bersifat aerobic yang tidak menyakitkan atau memberi impak kepada tulang belakang. Berjogging, berbasikal atau berenang merupakan aktiviti yang sesuai.
• Menjaga berat badan agar tulang belakang tidak terlalu stress akibat bebanan yang berlebihan.
• Dapatkan nasihat pakar seperti fisioterapi untuk senaman dan penjagaan postur badan yang sesuai.
Faktor Berisiko
• Sesiapa Boleh mendapat masalah sakit belakang. Namun golongan yang berisiko tinggi adalah
– Umur melebihi 30 tahun.
– Kekurangan senaman.
– Berat badan yang tidak dikawal.
– Penyakit seperti “arthritis” dan kanser.
– Penggunaan postur badan yang salah.
– Mempunyai masalah psikologi seperti kemurangan dan keresahan.
– Perokok.
Hubungi kami untuk dapatkan terapi dan fisioterapi untuk masalah sakit pinggang/sakit belakang anda.